Friday, 18 May 2012


11 Sindrom Utama Pre-Exam
Dalam blogger ini saya akan mengorbankan study saya untuk pergi usha apa yang menarik. Ahakz! Padahal exam dah tak lama dan study pun tunggang-langgang semuanya. Tapi takpa memandangkan aku pun nak kena ambil cuti off-study kejap. Oh ya, kerja apa2 kita tolak tepi dahulu memandangkan sekarang nie kita focus kepada benda lebih penting : musim exam! *grrrrr~~* Once musim exam dah nak masuk, confirm muncul pelbagai ragam pelik. Ada yang study cam orang gila, ada yang teguk kopi setiap malam dan pelbagailagi.
>Kalau exam sahaja : mesti pasal stress kan? Memang tak boleh lari<
>Exam is short : Read faster than you do now!<

Maka aku ingin kongsikan beberapa sindrom pra-exam yang aku terjumpa di internet dan dari pemerhatian aku sendiri : kut-kut ada sindrom yang korang kena kan?! Antaranya ialah :
1. Membaca setiap masa tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Kekadang orang tanya pun, jawab macam tak nak jawab jer. Pastu kalau terlanggar or terjatuh, lambat sedikit respons. Fokus punya pasal.

2. Membaca dengan kadar yang confirm amat pantas walaupun tak faham apa-apa. Saat nie kuantiti ditekankan berbanding kualiti. Nak cover semua benda walaupun dah tak ingat semua benda pastu.

3. Makin dekat dengan exam, makin full jadinya waktu sembahyang. Mungkin sebelum nie kekadang ada yang tertinggal tapi this time, full jer memanjang. Sembahyang sunat pun dah jadi makin rajin buat : solat hajat dan sewaktu dengannya.

4. 
Kekadang apa yang dibaca terbawa-bawa sampai ke tempat tidur. Letak nota tepi kepala sebelum tidur : once bangun nanti, boleh baca terus. Ada yang sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi dan mulalah meracau-racau masa tidur. Ahakz!!
>Housemate aku hampir setiap malam mesti secawan kopi pekat<
>Ciri pelajar cemerlang : preparation sebelum bertempur<
>Masa mandi pun kalau boleh nak baca buku camnie jugak<

5. Kalau borak dengan member, confirm ada topic pasal pelajaran yang nak dibicarakan. Kekadang masa mandi ataupun masak pun bincang pasal topic study.

6. Masa jadi makin penting. Kalau main SMS, reply confirm jadi makin pendek terus. Makin dekat dengan exam, makin pendek jadinya SMS tu. Kekadang malas nak turun café untuk makan dan pakat minta member tapau jer. Rasa cam tak cukup masa nak study nih!

7. Stok makanan lengkap di bilik sebab kalau boleh tak nak keluar bilik langsung nak study. Biskut Hup Seng, meggi, roti dengan kaya dan pelbagai lagi memang prepare awal-awal.Bertapa terus dalam bilik dan tak keluar-keluar. Sekali keluar, dah tak nampak macam manusia normal dah; dengan janggut dan rambut yang serabai. *kreh3*

8. Masa nie la nak buka Facebook pun rasa tak tenang. Kekadang status di Twitter, Facebook ataupun Blog mesti berbunyi camnie: “Saya nak exam tak lama lagi. Doakan saya. Saya nak off9 sekarang nie” Pastu tak sampai dalam sejam, confirm mesej sama akan diulang lagi. Hajat hati taknak buka laptop tapi laptop dah depan mata, terpaksalah on9 kejap kan?! *wakakakaaa!

>Meja aku dulu pun camnie jugak : Sekarang ada laptop sebiji sahaja<
>Sebelum, selepas dan semasa tidur : buku di mana-mana<

9. Stok-stok kopi, Nescafe, tongkat ali, kacip Fatimah, red bull dan semua yang sewaktu dengannya memang penuh satu locker. Preparation tenaga tambahan dan untuk jadi bahan untuk kekal stay up.

10. Meja penuh dengan bahan-bahan bacaan, highlighter, pen dan alat-alat tulis lain : memang confirm serabai. Kekadang ada buku yang tak pernah buka sebelum nie pun, semuanya buka. Sekurang-kurangnya nampak usaha nak study kan?!

11. Masa nie jugaklah terfikir “Kenapalah aku tak study awal-awal?! Kan senang sekarang. *sigh*” Pastu kalau boleh siap ada azam next year untuk study awal-awal dan study lagi kuat. Tapi aku rasa macam benda sama jugak yang jadi masa nak exam next year kan?! Duk ulang benda sama jah. (^_^)

>Inilah dia cermin mata hitam Guess untuk kontest tak lama lagi<
>Untuk kita semua : moga cemerlang dalam exam yerk<

Itulah antara sindrom-sindrom utama bebudak yang nak ambil exam. Aku rasa aku tak sampai ke tahap camtu lagi buat masa sekarang tapi dulu memang banyaklah yang aku lalui camnie. Korang yang ada ternampak sindrom pre-exam lain, bolehlah untuk share dengan kitorang semua. Mana tahu ada sindrom pre-exam yang aku terlepas kan?! Oh ya, selepas aku habis exam nanti, insyAllah aku akan buat Blog Contest. Hadiah dah ada tapi belum ada idea untuk buat contest apa. Korang yang ada idea : bolehlah untuk disharekan bersama. Hadiahnya apa?! Hadiahnya adalah : Cermin Mata Hitam Genuine Jenama Guess, Tali Leher Hugo Boss dan juga tali leher Calvin Klein. Gempak hadiah dia kan?!(^_^)/

2 comments: